Tidur VS Berat Badan

5 KESAN BURUK AKIBAT KURANG TIDUR TERHADAP BERAT BADAN



Kurang tidur boleh jadi gemuk? Ya! Kurang tidur akan meningkatkan kadar ghrelin. Ianya hormon yang boleh meningkatkan selera makan kita. Justeru, makin lapar! Selain itu, ia juga boleh kurangkan kadar leptin ( hormon yang boleh menunjukkan bahawa badan kita sudah kenyang). Bagi yang sangat pentingkan kesihatan, perkara ini bukanlah satu benda yang baik! Kenapa ya?


1. Kurang membakar kalori



Orang yang kurang tidur tidak akan terbakar kalorinya ketika mereka dalam keadaan jaga. Para penyelidik telah membuktikan bahawa orang yang kurang tidur tidak akan dapat membakar lebih kalori.

2. Kebolehan otak untuk membuat keputusan berubah



Kurang tidur boleh menyebabkan aktiviti otak menjadi terganggu disebabkan kerosakan bahagian atas depan otak. Kawasan tersebut adalah tempat untuk otak kita melakukan keputusan.

3. Lebih suka Junk Food



Kajian telah membukitkan bahawa orang yang kurang tidur akan lebih suka untuk makan snek dan makanan ringan. Fungsi bahagian hadapan otak yang digunakan untuk membuat keputusan telah berubah disebabkan oleh kurangnya tidur.

Jaga-jaga! Trans lemak di dalam junk food boleh menyebabkan lemak dan toksin dalam badan bertambah dan kita jadi gemuk!

4. Pengambilan kalori berlebihan



Kalau kita jenis suka untuk  makan mesti susah untuk menahan diri daripada tidak makan. Satu kajian telah dilakukan dimana orang yang tidur kurang daripada 80 minit akan mengambil lebih 549 kalori setiap hari. Kalau didarabkan dengan 7 hari  sudah berapa?

Kita akan dapati bahawa kita ambil lebih kalori daripada yang badan perlukan.

5. Beli makanan berkalori tinggi



Orang kata, jangan pergi ke supermarket bila kita tengah lapar. Jangan juga pergi jika tengah penat. Orang yang kurang tidur akan lebih banyak membeli makanan dan minuman berkalori tinggi di supermarket. Kita sebenarnya telah membeli banyak kalori!


Tak cukup tidur bukanlah gaya hidup yang baik utk kurus. Badan kita jadi tak sihat dan berat badan boleh naik mendadak. Pastikan korang semua tidur secukupnya ya dan jangan tidur terlampau lewat. Senaman dan detoks juga penting tau!

Comments