1. Selalu keletihan
Walaupun dah berehat panjang dan tidur secukupnya tapi masih rasa letih. Buat kerja sikit dah letih. Bila terlalu letih dan jadi hypo, mulalah nak minum kopi segera atau makanan manis..kononnya nak tambah tenaga...
Itu hanya akan menjadikan anda lebih cepat letih..gula daripada minuman dan makanan manis hanya memberi tenaga segera tetapi bersifat sementara..Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormon terhadap sistem imun tubuh anda..ini adalah salah satu tanda anda mungkin dah terlalu banyak toksin dalam tubuh.
2. Berat susah nak turun
Jika anda dah bersenam setiap hari, mengurangkan kalori daripada pemakanan dan ambil suplemen untuk turunkan berat tetapi berat masih tak turun-turun juga..itu memang pelik..
Sebenarnya tanpa anda sedar, fungsi hormon semula jadi kita boleh terjejas oleh racun yang terdapat dalam makanan dan produk-produk penjagaan diri yang kita gunakan setiap hari. Walhal hormon-hormon ini penting untuk mengawal berat badan. Racun ini juga semakin banyak terkumpul dari hari ke hari kerana anda tidak pernah melakukan detoks. Makin banyak terkumpul dalam badan.
Sukar menurunkan berat badan adalah tanda terbesar tubuh anda sebenarnya dipenuhi toksin sehinggakan apa sahaja ubat, suplemen mahupun senaman masih tidak mampu menurunkan berat badan anda..
3. Nafas berbau
Puas anda berus dan berus gigi anda, mengunyah gula-gula getah, berkumur dengan ubat kumur, namun masih tidak boleh menghilangkan bau nafas.
Nafas berbau sering dikaitkan dengan masalah penghadaman, tetapi ia juga bermakna hati anda sudah tidak mampu untuk menghapuskan terlalu banyak toksin dalam badan anda. Sehinggakan bau nafas yang busuk itu tetap kembali.
Tak hairanlah jika rakan-rakan dah mula menjauhi anda kerana nafas anda yang berbau..Kasihan pasangan anda jika mereka terpaksa menahan bau nafas anda. Oh ya..badan berbau juga merupakan tanda anda ada masalah toksin dalam badan.
4. Sembelit
Apabila kita sembelit, najis dan toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan sebaiknya. Akhirnya terkumpullah semua toksin yang boleh memberi kesan negatif badan kita. Selain sakit perut, sembelit juga boleh menyebabkan sakit kepala, sakit-sakit badan, dan keletihan.
Kenapa boleh sembelit jika toksin berlebihan? Ia mungkin berpunca daripada masalah penghadamanmakanan yang anda ambil juga.. Makanan proses sukar dihadam dengan baik kerana bercampur dengan bahan kimia dan pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanannya.
Malangnya, makanan proses inilah yang menyebabkan masalah penghadaman sehingga menyebabkan masalah sembelit pula. Bayangkan berapa lama anda telah mengambil makanan proses ini sepanjang hidup anda tanpa disedari. Anda juga berasa sembelit semakin kerap?? Boleh jadi inilah puncanya.
5. Sensitif pada bauan
Orang yang mempunyai toksin yang tinggi dalam tubuh selalunya akan bertindakbalas dengan bauan..terutamanya bau wangi...Tindakbalas yang macamana??
Anda mungkin mengalami pening, sakit kepala atau sakit perut apabila tercium bauan yang kuat..
Itu juga salah satu tanda anda mungkin mempunyai toksin yang banyak dalam tubuh kerana bereaksi dengan bauan daripada bahan kimia...Ini bermakna anda juga perlukan detoks..
Tapi jangan sesekali keliru dengan alahan mengandung yer..Haa..sila pastikan kenapa anda mengalaminya..
Foto kredit: prevention.com
Walaupun dah berehat panjang dan tidur secukupnya tapi masih rasa letih. Buat kerja sikit dah letih. Bila terlalu letih dan jadi hypo, mulalah nak minum kopi segera atau makanan manis..kononnya nak tambah tenaga...
Itu hanya akan menjadikan anda lebih cepat letih..gula daripada minuman dan makanan manis hanya memberi tenaga segera tetapi bersifat sementara..Keletihan juga adalah tanda tindakbalas hormon terhadap sistem imun tubuh anda..ini adalah salah satu tanda anda mungkin dah terlalu banyak toksin dalam tubuh.
2. Berat susah nak turun
Foto kredit: vitaminsandhealthsupplements.com
Sebenarnya tanpa anda sedar, fungsi hormon semula jadi kita boleh terjejas oleh racun yang terdapat dalam makanan dan produk-produk penjagaan diri yang kita gunakan setiap hari. Walhal hormon-hormon ini penting untuk mengawal berat badan. Racun ini juga semakin banyak terkumpul dari hari ke hari kerana anda tidak pernah melakukan detoks. Makin banyak terkumpul dalam badan.
Sukar menurunkan berat badan adalah tanda terbesar tubuh anda sebenarnya dipenuhi toksin sehinggakan apa sahaja ubat, suplemen mahupun senaman masih tidak mampu menurunkan berat badan anda..
3. Nafas berbau
Foto kredit: notainfo.com
Nafas berbau sering dikaitkan dengan masalah penghadaman, tetapi ia juga bermakna hati anda sudah tidak mampu untuk menghapuskan terlalu banyak toksin dalam badan anda. Sehinggakan bau nafas yang busuk itu tetap kembali.
Tak hairanlah jika rakan-rakan dah mula menjauhi anda kerana nafas anda yang berbau..Kasihan pasangan anda jika mereka terpaksa menahan bau nafas anda. Oh ya..badan berbau juga merupakan tanda anda ada masalah toksin dalam badan.
4. Sembelit
Foto kredit: ummitiqah.blogspot
Apabila kita sembelit, najis dan toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan sebaiknya. Akhirnya terkumpullah semua toksin yang boleh memberi kesan negatif badan kita. Selain sakit perut, sembelit juga boleh menyebabkan sakit kepala, sakit-sakit badan, dan keletihan.
Kenapa boleh sembelit jika toksin berlebihan? Ia mungkin berpunca daripada masalah penghadamanmakanan yang anda ambil juga.. Makanan proses sukar dihadam dengan baik kerana bercampur dengan bahan kimia dan pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanannya.
Malangnya, makanan proses inilah yang menyebabkan masalah penghadaman sehingga menyebabkan masalah sembelit pula. Bayangkan berapa lama anda telah mengambil makanan proses ini sepanjang hidup anda tanpa disedari. Anda juga berasa sembelit semakin kerap?? Boleh jadi inilah puncanya.
5. Sensitif pada bauan
Foto kredit: mix97-3.com
Orang yang mempunyai toksin yang tinggi dalam tubuh selalunya akan bertindakbalas dengan bauan..terutamanya bau wangi...Tindakbalas yang macamana??
Anda mungkin mengalami pening, sakit kepala atau sakit perut apabila tercium bauan yang kuat..
Itu juga salah satu tanda anda mungkin mempunyai toksin yang banyak dalam tubuh kerana bereaksi dengan bauan daripada bahan kimia...Ini bermakna anda juga perlukan detoks..
Tapi jangan sesekali keliru dengan alahan mengandung yer..Haa..sila pastikan kenapa anda mengalaminya..





Comments
Post a Comment