Makanan yang Membantu Meningkatkan Metabolisme

Metabolisme badan yang tinggi dapat membantu anda untuk membakar kalori yang banyak dalam masa yang singkat dan seterusnya dapat membantu anda mendapatkan berat badan ideal. Faktor seperti jantina dan umur selalunya memberi kesan kepada tahap metabolisme anda. Lelaki membakar lebih banyak kalori berbanding wanita biarpun mereka dalam keadaan rehat dan tahap metabolisme seseorang akan menjadi menurun apabila seseorang berumur 40 tahun keatas. Terdapat pelbagai makanan yang dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme anda dan memberikan bentuk badan yang cantik.
1. Teh Hijau
Foto kredit: lifehack.org
Selain dapat meningkatkan kadar metabolisme, teh hijau juga mempunyai manfaat kesihatan yang lain. Ia mengandungi sebatian yang dipanggil EGCG yang membantu meningkatkan metabolisme.
  • Anda boleh mengambil teh hijau panas atau sejuk dengan menambahkan ais ke dalam teh hijau yang telah sejuk.
  • Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 2-3 cawan teh hijau setiap hari untuk meningkatkan metabolisme anda ke tahap yang sihat.

2. Rock melon
Foto kredit: santu.com
Ini adalah sejenis tembikai yang rasanya enak dan rendah kalori. Ini adalah pilihan makanan yang sangat baik untuk mengurangkan berat badan dengan meningkatkan metabolisme. Kebanyakan program diet mengesyorkan buah ini dalam pelan diet.
  • Rock melon mengandungi kurang kalori daripada tenaga yang diperlukan untuk memakannya.
  • Anda mengambil kalori yang sedikit apabila anda makan rock melon.
3. Bayam
Foto kredit: manfaatbanget.com

Bayam kaya dengan vitamin B kompleks dan juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ini membantu meningkatkan penghadaman makanan dan memberikan kadar metabolisme yang lebih baik. Ia juga membantu dalam pertumbuhan otot yang betul. Apabila jisim otot badan meningkat metabolisme juga meningkat. Lebih banyak jisim otot bermakna lebih cepat kalori dibakar.
  • Masukkan bayam dalam diet harian anda jika anda ingin kekal kurus dan mempunyai pencernaan yang betul.
  • Anda boleh menambahnya ke dalam salad, sup atau cipta resipi baru dengan bayam.
4. Lemon
Foto kredit: medicalnewstoday.com

Lemon membantu meningkatkan metabolisme dengan membersihkan sistem pencernaan anda. Ia juga meningkatkan mekanisme pertahanan tubuh kita. Vitamin C yang hadir dalam lemon mempunyai ciri-ciri anti-oksidan yang membantu membersihkan sistem kita.
  • Minum satu gelas air suam dengan jus daripada separuh biji lemon yang ditambah pada waktu pagi.
  • Anda juga boleh menggunakan jus lemon untuk mendapat manfaat terus daripada buah ini.
5. Daging Tanpa Lemak (Lean Meat)
Foto kredit: goodtoknow.co.uk

Jika anda ingin membeli daging, pastikan anda memilih daging yang mempunyai lemak yang sedikit seperti dada ayam. Daging tanpa lemak adalah protein yang amat baik kepada tubuh badan anda untuk meningkatkan tahap metabolisme anda. Jika anda gabungkan senaman dan diet daging tanpa lemak, ia dapat membantu anda dalam membina otot dengan lebih mudah.

Comments