KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR



60% daripada komposisi badan manusia merupakan air. Air sangat penting dalam menyembuhkan masalah kesihatan bukan hanya boleh mencantikkan kulit, mengambil air kosong secara teratur juga bermanfaat membersihkan tubuh dari racun. 

Banyak orang mengabaikan pengambilan air kosong, terutama ketika bangun tidur. Sedangkan mengambil air kosong setelah bangun tidur di pagi hari sangat bagus. Apakah manfaatnya?


Kelebihan Minum Air Sebelum Tidur
1. Nutrisi.
Setiap titis air mengandungi satu oksigen dan dua atom hidrogen. Minum satu gelas air hangat atau panas sebelum tidur, adalah paling efektif dalam menurunkan berat badan.

2. Penghidratan 
Tubuh menggunakan air untuk proses penghidratan setiap mekanisme dalaman dan luaran tubuh.

3. Membakar kalori. 
Minum segelas air sebelum tidur dapat membakar kalori dan menurunkan berat badan. Proses air pada malam hari dapat  meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar ekstra kalori dalam tubuh dan boleh menurunkan berat badan anda.

4. Detoksifikasi.
Minum segelas air sebelum tidur dapat membersihkan sistem pencernaan yang akan membuang racun@toksin dalam badan. 

Satu-satunya kelemahan minum air sebelum tidur adalah anda akan sering buang air kecil, yang boleh sedikit mengganggu tidur anda.



Kelebihan Minum Air Setelah Bangun Tidur
1. Hidrasi. 
Walaupun and minum banyak air sebelum tidur, semuanya akan digunakan tubuh ketika tidur. Jadi, setelah bangun tidur, anda akan mengalami dehidrasi. 

Dengan meminum segelas air suam ianya akan menghilangkan haus dan memberikan tenaga dan memperbaharui sel-sel. Terutama sel-sel otak, dimana air bertindak sebagai bahan bakar untuk mempertajam daya ingatan.

2. Menghilangkan toksin.
Minum air suam setelah bangun tidur dapat merangsang pergerakan usus yang mana akan melancarkan pencernaan dan membuang toksin dan najis yang terkumpul.

3. Alahan dan infeksi.
Ramai orang yang mengalami alahan batuk dan bersin ketika bangun tidur. Minum air membantu membersihkan telinga, hidung dan tekak dan mengurangkan gejala infeksi.

4. Menurunkan berat badan.
Minum air suam setelah bangun tidur juga akan meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar kalori, sehingga membantu mengurangkan berat badan anda.

Jadi apa tunggu lagi minumlah air banyak-banyak untuk menurunkan berat badan anda. ☺☺☺

Comments