1. ELAKKAN MAKAN MALAM
Cuba tips mengurangkan berat badan yang pertama ini. Elakkan makan waktu malam kerana badan memerlukan masa 4 jam untuk mencerna makanan. Jika tidak sempat dicerna, ia akan jadi lemak!
Makan pada waktu malam selalunya antara larangan paling utama bagi mereka yang dalam usaha menguruskan badan. Namun jika tersangat lapar, mengambil makanan seimbang pada waktu malam lebih baik daripada tidak makan langsung atau makan makanan ringan yang langsung tidak seimbang. Sebaik-baik snek malam adalah sesudu mentega kacang di atas sekeping buah-buahan ataupun semangkuk kacang edamame.
2. SENAMAN REGANGAN 3 KALI SEMINGGU
Foto Kredit: www.today.com
Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lunges atau squats sekurang-kurangnya selama 5 minit selang 30 saat. Senaman ini akan membantu membina dan mengekalkan jisim otot. Lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme seseorang. Jadi lebih banyak kalori dapat dibakar dalam sehari dan makin cepat kurus!
3. MAKAN SARAPAN
Foto Kredit: dailyonbeauty.com
Pernah dengar ungkapan Inggeris “Breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar”? Percayalah, makan sarapan pagi adalah antara tips mengurangkan berat badan yang penting. Jangan sesekali tinggalkan breakfast.
Kajian menunjukkan sarapan pagi biasanya terdiri daripada makanan yang penuh karbohidrat dan protein yang boleh menyimpan tahap gula dan tenaga supaya anda tidak terlalu lapar sewaktu makan tengahari. Anda mungkin boleh pilih seperti putih telur, roti gandum atau ayam panggang sebagai sajian sarapan anda.
4. MAKAN BUAH SETIAP HARI
Foto Kredit: istockphoto.com
Buah-buahan dapat membantu mengurangkan berat badan dengan efektif. Buah-buahan tidak mempunyai lemak tetapi kaya dengan air. Ia akan mengurangkan jumlah pengambilan makanan kerana perut akan menghantar insyarat kenyang kepada otak anda. Jangan fikir tentang kiraan karbohidrat dalam sebiji buah kerana buah-buahan memang mempunyai tinggi karbohidrat dan serat sihat yang baik untuk badan.
5. tidur yang cukup
Foto Kredit: voanews.com
Menurut kajian, tidur 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lewat dari biasa sebenarnya dapat membantu menigkatkan metabolisma badan. Di samping itu apabila anda mendapat rehat yang cukup, anda kurang terdedah kepada keletihan dan tekanan yang menyebabkan anda jadi lebih lapar.




Comments
Post a Comment