Memang kebanyakan ibu berpantang mengalami kesukaran untuk tidur akibat melayani keperluan bayi.
Kajian sains melalui laman web Fit Pregnancy menunjukkan apabila tidur anda tergangu, paras kortisol akan meningkat, lalu menyebabkan metabolisme ibu tidak efisyen untuk membakar kalori dan badan ibu tidak dapat detoks toksin yang terkumpul dengan baik.
Untuk menstabilkan paras kortisol, anda juga boleh cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein atau perkara yang membuat anda stres.
2. ANDA MAKAN MAKANAN BAYI
Tabiat ini menjadikan anda sebenarnya ‘makan 2 kali’ tanpa disedari. Perlu diingat, makanan bayi juga mengandungi kalori yang perlu dibakar.
Oleh itu, jangan ringankan tangan anda untuk mengambil makanan bayi, walaupun mereka tak habis. Sebaliknya, simpankan dan tunggu waktu makan anda yang sepatutnya.
3. ANDA BANYAK ‘MULTITASKING’
Banyak ‘multitasking’ ini memang efisyen, tapi ia boleh menjadi punca anda kurang tumpuan terhadap makanan yang dimakan.
Kadang-kadang tu sampai lupa nak makan. Eh, tak sempat makan patutnya senang kuruslah kan?
Tidak. Sebenarnya anda cenderung memakan snek apabila anda tidak dapat duduk untuk makan dengan tenang.
Biasanya, memang sukar untuk seorang ibu dapat makan dengan ‘normal’ sejak kehadiran bayi. Namun, jangan bergantung kepada snek kerana ia mempunyai kualiti kalori yang tidak baik.
Secara tidak langsung, anda akan cepat lapar apabila tidur lambat. Makan tengah malam adalah antara tabiat yang menyebabkan anda senang gemuk.
Oleh itu, cuba pilih makanan berkhasiat seperti salad atau buah-buahan serta yogurt apabila anda merancang malam-malam romantis ini.
5. ANDA ‘SKIP’ SARAPAN PAGI
Makan sarapan adalah pemberi tenaga yang penting untuk memulakan hari anda. Ia juga memacu metabolisme agar berfungsi lebih efisyen.
Makan sarapan adalah pemberi tenaga yang penting untuk memulakan hari anda. Ia juga memacu metabolisme agar berfungsi lebih efisyen.
Sejak ada bayi, anda mungkin sukar untuk bangun awal pagi dan menyediakan sarapan yang elok untuk diri sendiri mahupun suami.
Jadi, mintalah suami membantu anda menjaga bayi buat seketika atau membantu menyediakan sarapan berkhasiat. Semangkuk oat bersama buah-buahan kering atau Sandwich telur pun ok!
AMALKAN DIET SEIMBANG
Walau apa pun matlamat anda, pastikan tips kurus lepas bersalin yang anda amalkan realistik dan tidak terlalu berat.
Contohnya, ibu menyusu tidak boleh mengamalkan diet yang ekstrim kerana keperluan mereka untuk menghasilkan susu ibu yang berkhasiat untuk bayi. Malah, menyusu badan juga adalah cara anda dapat mengurangkan berat badan secara berperingkat dan sihat.

Yang penting, banyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat seperti sayuran, buah-buahan, daging, dan sumber karbohidrat yang kurang berminyak.

Comments
Post a Comment